Ketika pihak Anugerah Sri Angkasa sedang melakukan persiapan terakhir untuk 'meronggeng' sampai 'londeh' malam 10 March 2006 dan 11 March 2006 di Pusat Konvensyen KLCC, rakyat biasa yang terseksa kerana kenaikan harga minyak pula meneruskan siri kedua demonstrasi di hadapan KLCC.
Nampaknya faktor Anugerah Sri Angkasa menyebabkan pihak FRU bertindak untuk mengacau peserta-peserta demo pada kali ini. Adakah anugerah para artis lebih 'mulia' berbanding rakyat marhaen yang terasa kesan secara langsung dari kenaikan harga minyak ?
Kini kita lihat serta menyoroti apa yang berlaku di KLCC.
Soalan: Bagaimanakah tahap kawalan dari pihak berkuasa pada kali ini terhadap para pendemonstrasi ?
Jawapan: Jika dilihat secara kasar, kehadiran 2 helikopter di udara membuktikan 'extra security' dilakukan oleh pihak berkuasa pada kali ini. Selain itu,kesediaan pihak FRU untuk merempuh para pendemonstrasi kelihatan amat tragis sekali.
Dikawasan pekarangan Suria KLCC didapati penuh dengan polis (Ini kemungkinan besar kerana Anugerah Seri Angkasa serta pameran sempena F1 yang sedang berlangsung disana).
Soalan: Bilakah pihak FRU mula memberi isyarat bahawa mereka akan melakukan 'sesuatu' pada kali ini?
Jawapan: Pihak FRU mula tunjuk isyarat apabila kenderaan water canon mereka mula masuk di jalan hadapan Suria KLCC.
Soalan: Rasa beremang bulu roma tak ?
Jawapan: Rasa beremang juga apabila helikopter berada tepat-tepat di atas kepala Salahuddin ketika beliau sedang berucap
Soalan: Bila pancutan water canon bermula?
Jawapan: Pancutan bermula apabila para pendemonstrasi menghala ke Hotel Concord melalui Jalan Sultan Ismail. Adegan kejar mengejar antara FRU dan orang ramai berlanjutan sehingga ke Jalan Sultan Ismail. Manakala di Jalan Sultan Ismail menuju ke Hotel Concord pula, polis mula menutup jalan mengakibatkan jalan makin sesak.

Lepas itu kita pun.....

Soalan: Apa kesudahannya?
Jawapan: Selepas itu polis mula memberi amaran agar bersurai. Pesuruhjaya PAS WP, Ustaz Mohd Nor dan peguam Zulkifli Nordin dan Shamsul Iskandar meminta semua bersurai. Demo berakhir kira-kira pukul 4 petang.
Soalan: Siapa yang kelihatan dalam demo ini?
Jawapan: Beberapa pimpinan utama pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) turut bersama dalam demonstrasi berkenaan dan antaranya adalah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayup; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman, Ronnie Liu dan Ibrahim Ali.
Selain itu pimpinan Dewan Muslimat PAS, antaranya Ketua Penerangan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud dan Ustazah Noridah Salleh. Manakala seorang pemimpin NGO Wanita dari Jerit (Jaringan Rakyat Tertindas)juga turut serta.
Soalan: pemimpin BN ada ke?
Jawapan: Ada. Ni ha......

(Najib Tun Razak tu.... )
Soalan: Sepanduk apa yang menarik perhatian pada kali ini?
Jawapan: Ini dia....

Soalan: Ada kena tangkap?
Jawapan: Setakat yang saya tahu.... tak ada...
Malam ini saya mahu hadiri Forum Perdana di Dataran Purnama, Parit Buntar,Perak yang dihadiri oleh Ustaz Nasharuddin, namun tidak tahu pula jika ustaz Nasha 'larat' untuk berucap pada malam ini,ataupun ada sesuatu yang berlaku pada ustaz Nasha !
"Jom kita sama-sama saksikan"....