Apa Respon Pengguna(Buat-Buat Selamba) Apabila Minyak Naik ?-Sumber TV3
QALAM AVICENNA,
Kini kita lihat pula apa kata rakyat mengenai kenaikan minyak yang diumumkan serta merta pada hari ini.
Kerana ada responden sebeginilah maka Pak Lah yang makin pening dari sehari ke sehari tu dengan beraninya membuat apa sahaja terhadap Malaysia termasuklah menaikkan harga minyak.
Pasal apa,pasalnya rakyat apabila ditemuramah, selalunya berkompromi dengan pihak media dengan menunjukkan 'muka bersetuju' dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Responden seperti Michael Chew(Pesara), Tea Chit Wee(Jurujual) dengan selambanya bersetuju dengan kenaikan harga minyak itu. Bagi kaum cina mungkin ekonomi mereka boleh dianggap mantap dan stabil serta mempunyai ikhtiar-ikhtiar tertentu untuk menampung kenaikan harga minyak ini,namun bagaimana pula dengan rakyat miskin yang langsung tidak mengalami peningkatan 'gaji' sejak beberapa tahun yang lalu sedangkan minyak sudahpun mengalami kenaikan sebanyak 4 kali !
Namun ada juga yang menunjukkan raut wajah tidak berpuas hati dengan kenaikan harga ini, namun responden itu(Shahnaz Rizain) masih berlembut memberikan pandangannya itu, jadi memang logiklah Malaysia senang di'budak-budakkan' oleh kerajaan pusat.Ini kerana 'kita' ni 'terlalu' takut dengan pemimpin yang korup!
Inikah dikatakan dayus ?
Petikan Kelatedaily.net
Posted at 02:58 pm by fahisran