Sunday, March 19, 2006
Mahu atau tidak, siswa-siswi akan dipaksa menerima parti UMNO ?

Masih terngiang-ngiang lagi pesanan ibu serta nenek saya, "Masuk universiti ni,belajar molek-molek deh ! Jangan ambil kisah pasal politik-politik nih". Maklumlah saya ini agak rajin juga menghadiri ceramah yang diadakan oleh pihak 'kerajaan Kelantan' yang merupakan kerajaan pemerintah dari tahun 1990. Jadi salahkan saya menyatakan taat setia kepada kerajaan pemerintah di negeri saya ?

Namun seperti yang telah diketahui oleh warga kampus seluruhnya, parti politik UMNO lah yang selalu memasuki sempadan kampus dalam usaha menguatkan sokongan mahasiswa terhadap parti UMNO. Ini bukannya suatu fitnah membuta tuli terhadap UMNO,tetapi inilah realitinya. Ia merangkumi program mahasiswa dengan UMNO secara langsung atau tidak secara langsung di dalam sempadan kampus diseluruh negara.

Saya kira rakan-rakan seangkatan di kampus-kampus lain turut sama mempunyai bukti kukuh tentang penglibatan UMNO dalam kampus mereka, namun sayangnya ramai yang tidak memaparkan bukti-bukti tersebut secara meluas diseluruh negara. Malah paparan saya ini juga tidak dapat saya ketahui samaada akan diambil pusing oleh rakyat Malaysia seluruhnya ataupun tidak.

Walaupun begitu, cukuplah seandainya semua pembaca sekalian mengetahui bahawa tiadanya parti politik yang memasuki sempadan kampus adalah tipu belaka. Hakikatnya dunia kampus sudah sebati dengan parti UMNO dan ia memang tidak dapat dinafikan lagi. Untuk paparan kali ini, saya mengambil fokus utama kepada sebuah universiti awam yang terkemuka di Pulau Pinang dengan aktiviti UMNO yang terlibat secara langsung di sana.

'Pakatan cinta' antara universiti tersebut dengan UMNO sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila sentiasa sahaja wujud aktiviti bersama antara universiti berkenaan dengan UMNO kawasan sekitarnya. Adakah dakwaan saya ini dikatakan fitnah semata-mata ? Bagi membuktikan 'pakatan cinta' mereka itu benar, saya akan memaparkan apa yang saya tahu dan apa yang saya kumpulkan dari kenalan-kenalan saya di universiti berkenaan dengan parti UMNO.

Aktiviti Bersama Universiti Sains Malaysia dengan UMNO

Disini saya ambil contoh-contoh senang sahaja tentang pakatan universiti dan UMNO secara langsung. Antaranya adalah

  • Program penganjuran Program Desa Intelek Antarabangsa yang diadakan pada 17 hingga 20 April 2005. Program ini adalah buat pertama kalinya dianjurkan oleh Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM dengan dianjurkan bersama oleh
      1. Majlis Perwakilan Pelajar USM
      2. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Perlis
      3. JKKK Kampung Aman Batu 16 Rancangan Tanah Pinggir
      4. UMNO Bahagian Padang Besar,Perlis
      5. RISDA Perlis

Program ini merupakan sebahagian daripada 13 projek bakti siswa pada tahun 2005. Malah program ini dikelolakan dengan bangganya oleh TNC Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Dato' Prof Madya Jamaludin Mohaiadin. (Gambar)

Malah kuasanya dilihat lebih berpengaruh di mata kerajaan pusat berbanding Naib Canselor USM sendiri iaitu Prof. Dato' Dzulkifli Abdul Razak

  • Setelah seorang TNC Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar sendiri telah merasmikan secara terang-terangan pakatan itu maka dengan senang hatinya anggota dibawahnya melakukan perlakuan yang sama dengan apa yang telah dimulakan oleh TNC tersebut. Ini termasuklah kampus cawangannya di kampus kejuruteraan.

Dikampus cawangan kejuruteraan pula, orang yang begitu kuat dengan UMNO adalah seorang yang berjawatan Ketua Penolong Pendaftar HEPP Kampus Kejuruteraan USM iaitu Encik Mahizan Mahamud. Hasil jasanya yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO, maka beliau berjaya dianugerahkan pingat PKT oleh TYT Negeri Pulau Pinang

Manakala lubuk untuk mendapat anggota bagi menjayakan segala aktiviti yang dijanakan UMNO dikampus berkenaan adalah di Desasiswa Lembaran. Malah desa terbabit telah sebati dengan markas fahaman UMNO di kampus berkenaan. Seandainya anda datang bagi membezakan antara 2 desasiswa yang begitu jumud dengan UMNO, maka lihatlah pada warna yang dijadikan tema untuk dicatkan pada Desasiswa Lembaran, warna biru dipilih khas oleh pentadbiran Desasiswa Lembaran bagi membuktikan betapa setianya mereka pada warna rasmi BN.

Baru-baru ini, desasiswa lembaran telah mengadakan program Siswa Masuk Kampung. Program ini diadakan di Parit Haji Napis, Kuala Kurau pada 10 hingga 13 Feruari lalu dan ia dianjurkan bersama dengan UMNO Bagan Serai.

(Banner yang dinaikkan di kawasan Kampus Kejuruteraan USM sebelum aktiviti tersebut berlangsung)

Selain itu, pihak HEP kampus kejuruteraan dengan terang-terangan membenarkan secara terbuka pengedaran borang permohonan yang di cop Puteri UMNO di pejabat HEP tersebut. Malah ia juga dikatakan disebarkan secara meluas semasa program yang melibatkan Desasiswa Lembaran seperti program Lady's Talk.

(Borang permohonan yang mengandungi cop rasmi Puteri UMNO, boleh didapati di HEP)

Jadi, jika ada suara-suara sumbang pihak aspirasi yang dengan terus-terang memberi ingatan bahawa pembangkang jangan masuk campur, bolehlah saya katakan itu merupakan suara sumbang dari kutu-kutu UMNO yang jumud membabi-buta. Sememangnya UMNO dengan rasminya boleh memasuki sempadan kampus tetapi jangan pula katakan pembangkang yang menguasai pemikiran siswa-siswi.

Pihak pembangkang tidak pernah pun mengadakan aktiviti rasmi dengan pihak universiti, tetapi UMNO sememangnya "Ya!" dan ia tidak boleh disorokkan lagi. Jika pihak universiti menyekat pergerakan mahasiswa untuk berdamping dengan pihak parti pembangkang, namun UMNO dengan terus-terang 'bermukah' dengan pihak universiti.

Maka, jika wujud lagi ibubapa yang memesan kepada anak-anak agar, jangan terlibat dengan politik kepartian, bolehlah saya katakan ibubapa perlu menerima realiti bahawa sememangnya anak-anak anda akan diisi dengan semangat kepartian yang khususnya dibawa oleh UMNO samaada mahu ataupun tidak !


Posted at 05:44 pm by fahisran
Sila Komen  

Friday, March 17, 2006
Mahu Atau Tidak, Tarif Elektrik Tetap Akan Dinaikkan

Pada hemah saya, semua sudah tahu tentang keinginan TNB untuk menaikkan kadar tarif mereka,bagi menyelamatkan operasi TNB yang juga turut bermasalah seperti yang dialami oleh syarikat GLC (Government Link Company) yang lain. Sedar atau tidak,ini menampakkan lagi akan kelonggaran kawalan pengurusan yang dimiliki oleh syarikat GLC negara mahupun polisi pemerintah yang lemah untuk menggemilangkan syarikat tersebut.

Satu demi satu kelemahan serta masalah syarikat seperti TNB terbongkar.Kini mengenai hutang yang dimiliki oleh TNB mahupun syarikat mega yang berhutang dengan TNB pula, malah itulah juga alasan yang digunapakai oleh TNB untuk memujuk kerajaan agar bersetuju agar TNB menaikkan kadar tarif elektrik pada kali ini.

Mari kita lihat statistik yang bersangkutan dengan keuntungan, kos pengurusan, hutang yang ditanggung, dan syarikat yang berhutang dengan TNB.

  • Kos perbelanjaan modal TNB: RM6.6 billion setahun
  • Keuntungan purata tahunan TNB: RM1.5 billion
  • Hutang TNB : RM29.9 billion (iaitu syarikat tempatan yg tertinggi berhutang)
  • Jumlah kadar tunggakan bil elektrik 10 penghutang terbesar TNB: RM295.08 juta setakat Januari 2006, antaranya
      1. Perwaja Steel Sdn Bhd : RM254.33 juta
      2. Nur Distribution Sdn Bhd : RM19 juta
      3. Pendinginan Megajana : RM6.69 juta
      4. United Paper Board : RM2.98 juta
      5. Syarikat Stadium Shah Alam : RM2.89 juta
      6. Teck See Plastic Sdn Bhd : RM2.76 juta
      7. Merbok MDF Sdn Bhd : RM2.19 juta
      8. MCB Industries Sdn Bhd : RM1.62 juta
      9. Infineon Technologies : RM1.35 juta
      10. Nibong Tebal Paper Mill : RM1.28 juta
  • Jumlah tunggakan bil elektrik pengguna seluruh negara pula : RM2.3 billion, ia terbahagi kepada beberapa sektor iaitu,
      1. Sektor Industri : RM1.12 billion
      2. Sektor Komersial : RM708 juta
      3. Sektor pengguna domestik : RM441 juta
      4. Lampu Jalan : 48.39 juta
      5. Sektor perlombongan : RM0.66 juta

Sekarang kita lihat pula kos penggunaan tenaga untuk menjanakan elektrik oleh pihak TNB, berdasarkan statistik penggunaan tenaga bersumberkan gas adalah 70 peratus

  • Kos untuk gas : 20 peratus
  • Kos arang pula melonjak : 122 peratus

Sumber : Bilik Berita TV3

Jadi ramai yang berpendapat tempias kenaikan harga minyak tidak begitu ketara terhadap TNB, yang menjadi masalah kini adalah kecekapan TNB mengutip hutang menyebabkan taraf kewangan TNB kronik. 

Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan adalah pada 1997 iaitu naik 8.3 peratus menjadikan kadarnya 23.50 sen per kW/jam.

Sekarang ketika PM Abdullah Ahmad Badawi memerintah, pihak TNB memohon untuk menaikkan kadar tarif elektrik yang merupakan hasrat lama yang terpendam oleh pihak TNB. Maka dengan rasminya satu lagi beban tambahan untuk rakyat seluruh Malaysia.

Namun kali ini, suatu cadangan diajukan untuk mengenakan kenaikkan tarif elektrik terhadap mereka yang menggunakan elektrik lebih daripada RM23 sebulan. (Jadi siapa yang pakai elektrik di bawah RM23 sebulan angkat tangan !)

Jika dahulunya setiap kali laporan Berita Bisnes di kaca televisyen mahupun media cetak tentang prospektus syarikat, kita dijamu dengan berita keuntungan semata-mata yang dikaut oleh syarikat diseluruh negara, namun defisit antara keuntungan dan kerugian oleh syarikat tersebut tidak pula di 'highlight' kan! Kini barulah rakyat marhaen semua sedar kedudukan sebenar syarikat besar di Malaysia ini.

"Bertuahnya syarikat besar-besar yer...tak bayar bil elektrik berapa tahun pun tak kena potong,kalau rakyat biasa ni beberapa bulan tak bayar dah kena potong.Gemilangnya kerajaan yang mengaku cemerlang namun kuat temberang ni"


Posted at 02:35 am by fahisran
Sila Komen  

Wednesday, March 15, 2006
Nak sangat ke minyak naik 40 sen seliter ?

Hebat sebenarnya Che Min Che Ahmad ini. Sudahlah berjaya ambil kerusi parlimen dari Ustazah Kalthom, kini dengan bangganya menyatakan kesediaan untuk terima kenaikan harga minyak walaupun 40 sen seliter sekalipun! Sesungguhnya beliau ini, orang Pasir Puteh tidak berapa tahupun kredibiliti beliau memandangkan dulunya kerusi yang dipegangnya sekarang milik Ustazah Kalthom (Kak Som) tetapi tiba-tiba sahaja datang memberi penerangan dari masjid ke masjid sekitar Pasir Puteh untuk memperkenalkan diri beliau selaku wakil parlimen bagi Pasir Puteh suatu ketika dahulu.

Selalunya seorang wakil memperkenalkan diri sebelum terpilih menjadi wakil, tetapi dek kerana 'kehebatan' Che Min ini beliau memperkenalkan diri selepas terpilih menjadi ahli parlimen selepas dirampas kerusi itu dari Kak Som selepas pilihanraya.

Semalam, di dalam perdebatan dalam dewan rakyat, iaitu semasa diberi laluan untuk mencelah usul menjunjung kasih kepada titah YDP Agong yang dibawa Datuk Hassan Malek (BN-Kuala Pilah), Che Min berkata;

"I praise the government's move to raise prices of petrol and petroleum-based products by 30, In fact, even if it is raised by 40 sen, it's okay," he told the Dewan Rakyat.

"Saya menyanjung keputusan kerajaan untuk menaikkan harga petrol dan petroleum kepada 30 sen, hakikatnya jika dinaikkan kepada 40 sen pun tidak mengapa," katanya di Dewan Rakyat.

Macam mana orang Pasir Puteh, bangga atau tidak apabila wakil kita yang mengaku akan membina lebuhraya di depan rumahnya itu jika dia menang (walaupun tidak menjadi kenyataan sehingga ke hari ini) bersetuju jika minyak dinaikkan sehingga 40 sen seliter ?

Apa kata jika 40 sen seliter itu dikenakan sahaja pada tangki minyak YB Che Min sahaja, rakyat Pasir Puteh serta rakyat Malaysia amnya tidak mahu kenaikan 40 sen seliter hatta kenaikan mencecah 30 sen seliter!

Selain itu, di dalam perdebatan itu, pihak 'BN backbenchers' juga mengakui bahawa kerajaan mempunyai kesukaran untuk melakukan kerja pemantauan terhadap peniaga yang menaikkan barang. Ini seperti yang di celah oleh Hamim Samuri (BN-Ledang), katanya

"Kerajaan sukar melakukan pemantauan jika bergantung kepada anggota penguat kuasa semata-mata kerana bilangannya terhad.

"Justeru, ini adalah peluang terbaik bagi rakyat bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membanteras perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu," katanya.

Memandangkan penguatkuasa yang diakui kurang anggota, maka dicadangkan pula agar rakyat turut menjadi penguatkuasa tambahan untuk membenteras peniaga yang menaikkan harga barang. Secara kesimpulannya, pemerintah yang dengan senang-senang hatinya menekan rakyat dengan menaikkan harga minyak, kesan daripada kenaikan harga minyak itu rakyat yang tanggung, manakala kelemahan penguatkuasaan pula diletakkan pula dibahu rakyat juga.

"Nampaknya banyak tanggungan yang perlu dikendong oleh rakyat ni ! Suruh Che Min seorang sahajalah yang tanggung hatta kenaikan harga minyak sehingga 40 sen sekalipun...ko guano?"


Posted at 03:18 pm by fahisran
Sila Komen  

Monday, March 13, 2006
UMNO stereotaip buat penerangan mengenai kenaikan harga minyak

Mutakhir ini, pihak UMNO melalui jentera kerajaannya melakukan pelbagai usaha untuk membuat sesi penerangan kepada rakyat tentang kenaikan harga minyak. Antara pengisian sampingan yang dilakukan oleh pihak UMNO adalah menyelar pembangkang yang dikatakan mengapi-apikan rakyat agar berdemonstrasi setiap kali selepas solat jumaat terutamanya di Kuala Lumpur.

Ketika pemimpin-pemimpin mereka bermati-matian menegakkan benang yang basah dengan menyabitkan faktor pasaran harga minyak dunia yang kian meningkat, pihak media sedunia seperti bloomberg dan AMEinfo pula sudah menyiarkan berita terperinci bahawa harga minyak dunia sudah kembali kepada nilai US dollar 60 setong.

Seandainya kita lihat laporan dari bloomberg pada 28 Februari 2006 (iaitu hari kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen), semua pihak terutamanya Amerika Syarikat telah bertindak meningkatkan 'stockpiles' mereka bagi berhadapan kemungkinan serangan 'pengganas' terhadap perkapalan Arab Saudi. Ini berikutan kekacauan yang sedang berlaku pada masa itu di Kingdom's Abqaiq refining center.

Namun seperti pandangan yang diutarakan oleh penganalisa Mark Waggoner, Presiden Excel Futures Inc. di Huntington Beach, California,

"Saya menjangkakan kesemuanya, minyak, gas dan penyulingan akan berada pada tahap yang positif"

"Ia tidak menampakkan akan berlaku banyak masalah di Arab Saudi"

Natijahnya, harga minyak turun berikutan langkah Amerika Syarikat meningkatkan 'stockpiles' mereka. Harga Minyak mentah untuk penghantaran bulan April jatuh sebanyak 49 sen atau 0.8 peratus untuk ditutup pada US Dollar 60.51 setong selepas sejam ia diniagakan di New York Mercantile Exchange. Walaupun penganalisa menyatakan pandangan yang positif tentang isu di Arab Saudi, kerajaan Malaysia tetap mahu menaikkan harga minyak pada hari berkenaan.

Pada 8 Mac 2006 pula, negara-negara OPEC iaitu Organization of Petroleum Exporting Countries bertindak mahu mengekalkan pengeluaran minyak tertinggi hampir 2 dekad bagi mengimbangi segala kemungkinan ketidakseimbangan isu yang berlaku di Nigeria dan langkah Iran terhadap rancangan nuklearnya. Ini memastikan pasaran harga minyak dunia berada pada sekitar US Dollar 60 setong.

Hasil dari perjanjian itu, persetujuan telah dicapai untuk mengekalkan kouta pengeluaran pada 28 juta tong sehari. Ini berdasarkan kenyataan yang disuarakan oleh Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Najmi kepada pemberita di Vienna.

Pada 9 Mac 2006, harga minyak terus didagangkan rendah sebagai suatu 'jawapan' terhadap langkah OPEC untuk mengekalkan pengeluaran minyak pada jumplah 28 juta setong sehari.

Seperti reaksi spontan yang disuarakan oleh penganalisa Mark Waggoner,

"OPEC adalah sesuatu yang penting, mereka akan terus mengepam(minyak) walau apapun yang berlaku"

Jadi bagi UMNO untuk menggunakan hujah kenaikan harga minyak dunia sebagai senjata utama untuk menaikkan harga minyak di Malaysia sudah tidak berasas lagi.Seharusnya pihak kerajaan Malaysia menurunkan kembali harga minyak pada tahap munasabah memandangkan tiada asbab lagi mereka harus mengekalkan harga minyak pada kedudukan sekarang.

Nampaknya Zainuddin Maidin,Shafie Apdal, Datuk Mustapha Mohammad serta anggota pemimipin UMNO yang lain terpaksa memburuk-burukkan usaha pembangkang serta NGO lain yang bertindak melakukan demonstrasi setiap kali solat jumaat. Ini terbukti melalui ulasan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang menyifatkan pembangkang mengambil kesempatan ke atas isu kenaikan harga minyak.

Ternyata pihak UMNO sudah kehabisan hujah untuk mepertahankan tindakan Pak Lah menaikkan harga minyak di Malaysia. Manakala pihak Barisan Alternatif serta NGO yang lain meneruskan usaha murni untuk menerangkan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku. Sesungguhnya rakyat bukan lagi bodoh!

Maka seharusnya kita "Protes Sampai Turun".

 


Posted at 11:40 am by fahisran
Comments (3)  

Sunday, March 12, 2006
Senarai Orang Terkaya Di Malaysia dan di dunia (Terbaru)

Ketika saya 'belayar-layar' di alam siber ini, saya terpandang pula 'posting' yang terpampang di forum tranungkite.net. Tajuknya berkisar tentang orang yang terkaya di dunia terbaru dan Ananda Krishnan adalah orang yang ke-147 terkaya di dunia. Namun tidak pula terpampang nilai kekayaan yang dimiliki oleh Ananda Krishnan ini.

Jadi untuk pengetahuan pelayar-pelayar sekalian, inilah senarai orang terkaya di Malaysia. (Senarai ini adalah senarai yang berpendapatan dalam angka billionaire)

Rank

Name

Citizenship

Age

Net Worth ($bil)

Residence

147

Ananda Krishnan

Malaysia

67

4.3

Malaysia

245

Lim Goh Tong

Malaysia

88

2.8

Malaysia

365

Teh Hong Piow

Malaysia

76

2.1

Malaysia

382

Quek Leng Chan

Malaysia

65

2.0

Malaysia

486

Lee Shin Cheng

Malaysia

66

1.6

Malaysia

698

Yeoh Tiong Lay & family

Malaysia

76

1.1

Malaysia

746

Tiong Hiew King

Malaysia

70

1.0

Malaysia

(Cerapan "Net Worth" berkenaan adalah dalam ukuran US Dollar)

Namun bagi rantau Asia, orang yang paling kaya dipegang oleh Li-Ka Shing,77 tahun, Hong Kong yang berkedudukan pada tangga ke-10 terkaya didunia dengan berpendapatan bersih sebanyak US Dollar 18.8 billion (RM69.56 billion)

Dari segi bangsa Asia pula,Lakshmi Mittal, India merupakan yang ke-5 terkaya di dunia namun beliau menetap di UK.Pendapatan bersihnya adalah US Dollar 23.5 billion (RM86.95 billion)

Manakala senarai orang terkaya di dunia pula masih dipegang oleh Bill Gates

1

William Gates III

United States

50

50.0

United States

2

Warren Buffett

United States

75

42.0

United States

Manakala Roman Abramovich iaitu pemilik Kelab Bola sepak Chelsea berada pada tangga ke-11 dan Dell pula tangga ke-12

11

Roman Abramovich

Russia

39

18.2

United Kingdom

12

Michael Dell

United States

41

17.1

United States

Kira-kiranya pendapatan Bill Gates adalah dalam RM185 billion manakala Ananda Krishnan dalam RM15.91 billion!

Sila Baca

  1. Gates, Buffett again top Forbes billionaires list
  2. Anak Hariri bilionair paling muda, Bill Gates kekal terkaya

Posted at 02:15 am by fahisran
Sila Komen  

Saturday, March 11, 2006
Forum Perdana Di Dataran Purnama Bersama Ust Nasha Dan Dr Hatta

Alhamdulillah, berjaya juga saya hadiri forum perdana semalam yang dilakukan pada hari yang sama dengan demonstrasi ke-2 yang diadakan di KLCC. Namun kali ini saya bergerak secara solo sahaja dari kampus ke forum perdana berkenaan, tidak seperti biasa memandangkan pihak pendokong gerakan islam dikampus ini juga mempunyai agenda sendiri pada malam ini. Demi menangkis 'hiburan songsang' yang dijanakan oleh konco-konco aspirasi.

Tidak mengapalah samaada bergerak secara solo atau tidak kerana saya lebih suka bergerak secara sendirian daripada satu gerombolan kerana itu lebih licin pergerakannya daripada satu ketumbukan apabila membicarakan tentang pergerakan secara 'gerila'!

Setelah tiba di Dataran Purnama tepat-tepat pukul 9.30 malam,saya terus 'menyusup' masuk mencari 'pengkalan' yang strategik untuk menunggu ketibaan Ustaz Nasha, Dr Hatta dan Dr Hassan Ali. Seperti yang saya sangkakan, Ustaz Nasha tiba agak lewat malam semalam memandangkan Ustaz Nasha juga mengepalai demonstrasi di KLCC pada hari yang sama. Pasti ia amat memenatkan untuk sampai ke pekan Parit Buntar pula!

Namun penantian itu terubat juga setelah Dr Hassan Ali sampai, beberapa ketika selepas itu Dr Hatta pula yang sampai. Sementara itu pihak tuan rumah perlulah bijak menguasai suasana penantian ustaz Nasha dengan aktiviti yang tidak menjemukan. Disinilah saya dapat mendengar serba sedikit info dari pengacara malam semalam tentang isu semasa,ini termasuklah tentang pemboikotan barangan denmark dan isu kenaikan harga minyak.

Sambil saya membelek-belek warkah Bicara Minda yang diterbitkan oleh DP PAS Perak, maka tibalah Ustaz Nasha. Ternyata penantian itu berbaloi.

Rasanya inilah forum perdana yang agak 'nostalgic' bagi saya kerana Dr, Hassan Ali menjadi pengerusi pada forum itu, secara tidak langsung pengalaman Dr Hassan Ali yang pernah menjadi pengerusi Forum Perdana Hal Ehwal Islam suatu ketika dulu di 'rewind'kan kembali.

Bagi saya Dr Hatta berjaya berdiskusi sebagai minda rakyat jelata dalam menyelami masalah rakyat, manakala Ustaz Nasha berdiskusi yang selayak dengan jawatannya selaku Timbalan Presiden PAS malah bagi 'orang yang tahu' seperti warga pegawai kerajaan mahupun warga kampus dapat bergerak seiring dengan isi yang cuba dikupas oleh Ustaz Nasha.

Terdapat banyak informasi yang disampaikan oleh kedua-dua ahli panel. Namun saya kira baiklah saya catitkan isu yang sempat saya 'rakam' dalam minda saya.

Isu Dikupas Oleh Dr Hatta

Selaku kelahiran Setiawan Perak, beliau berjaya membawa pemikiran tentang kenaikan harga minyak dengan aktif sekali. Contohnya kenaikan barangan seperti roti canai, teh tarik. Jika Pak Lah marah-marah kepada peniaga kerana naikkan harga roti canai, Dr Hatta cuba menyelami pemikiran peniaga.

Antara hujah Dr Hatta,

"Kalau kita buat roti canai, takkan kita uli-uli roti lepas itu terus boleh makan ? Pasti kita masak dahulu di dapur menggunakan gas memasak. Sedangkan gas memasak juga turut mengalami kenaikan."

Isu lain yang turut diperbincangkan adalah mengenai isu bertudung Habsah Jaafar,Pengarah Akaun di Hotel Renaissance yang bertegas untuk bertudung setelah beliau pulang dari Mekah.

Malah paparan lakaran kartun penghinaan nabi kita turut disentuh oleh Dr Hatta. Ini bagi membuktikan selaku pengerusi OIC, Pak Lah gagal memainkan peranan untuk mendaulatkan islam di negara-negara islam.

Tembelang UMNO terhadap Islam adalah semata-mata untuk melawan PAS sahaja turut di bentangkan oleh Dr Hatta. Namun disini Dr Hatta tidak menyebut nama menteri yang mengaku sikap parti UMNO terhadap Islam semata-mata untuk 'counter' PAS semata-mata, yang mana selepas itu Ustaz Nasha menyebut menteri berkenaan adalah Nazri Aziz.

Isu Dikupas Ustaz Nasha.

Sewaktu forumini berlangsung, saya sangkakan Ustaz Nasha akan menggunakan 'gear rendah' untuk berhujah pada malam semalam, memandangkan beliau baru sahaja sampai dari KL. Tetapi ternyata sangkaan saya meleset, Ustaz Nasha masih bertenaga untuk berhujah dengan baik sekali,mungkin kerana kudratnya masih lagi muda dan bertenaga.

Ternyata input-input yang dibawa oleh Ustaz Nasha lebih menampakkan pemikiran selaku golongan terpelajar namun masih mampu menterjemahkan kepada pemikiran biasa untuk rakyat biasa.

Antara informasi yang agak tertarik untuk saya ketengahkan disini adalah tentang 'surat layang' yang 'berterbangan' dikalangan pemmpin atasan UMNO agar Pak Lah 'resign' dari jawatan tertinggi hierarki kepimpinan negara sekarang ini.

Selain itu, keuntungan Petronas yang agak mewah mutakhir ini agak memusykilkan beliau kerana dalam keadaan rakyat yang terseksa dengan kesan kenaikan harga minyak.pihak Petronas masih lagi mampu membuat iklan (Iklan yang budak melayu cakap Swiss dan budak Swiss cakap melayu....) yang menelan belanja RM 90 juta. Selain daripada akaun Petronas yang tidak didedahkan kepada rakyat marhaen.

Slogan "Protes Sampai Turun" yang digunapakai pada demo kali ini turut disebut oleh Ustaz Nasha. Ujarnya, "Tidak kisahlah siapa yang turun, minyak yang turun ke...Pak Lah yang turun ke....atau BN yang turun ke..."

Ternyata kedua-dua ahli panel berjaya mengupas isu semasa dengan baik walaupun masih keletihan akibat daripada demonstrasi yang agak kelam-kabut di KLCC pada kali ini.

"Semoga Forum Perdana sebegini boleh dibuat lagi...."


Posted at 02:09 am by fahisran
Sila Komen  

Friday, March 10, 2006
Demo Ke-2 Kenaikan Harga Minyak:FRU Serang ?

Ketika pihak Anugerah Sri Angkasa sedang melakukan persiapan terakhir untuk 'meronggeng' sampai 'londeh' malam 10 March 2006 dan 11 March 2006 di Pusat Konvensyen KLCC, rakyat biasa yang terseksa kerana kenaikan harga minyak pula meneruskan siri kedua demonstrasi di hadapan KLCC.

Nampaknya faktor Anugerah Sri Angkasa menyebabkan pihak FRU bertindak untuk mengacau peserta-peserta demo pada kali ini. Adakah anugerah para artis lebih 'mulia' berbanding rakyat marhaen yang terasa kesan secara langsung dari kenaikan harga minyak ?

Kini kita lihat serta menyoroti apa yang berlaku di KLCC.

Soalan: Bagaimanakah tahap kawalan dari pihak berkuasa pada kali ini terhadap para pendemonstrasi ?

Jawapan: Jika dilihat secara kasar, kehadiran 2 helikopter di udara membuktikan 'extra security' dilakukan oleh pihak berkuasa pada kali ini. Selain itu,kesediaan pihak FRU untuk merempuh para pendemonstrasi kelihatan amat tragis sekali.

Dikawasan pekarangan Suria KLCC didapati penuh dengan polis (Ini kemungkinan besar kerana Anugerah Seri Angkasa serta pameran sempena F1 yang sedang berlangsung disana).

Soalan: Bilakah pihak FRU mula memberi isyarat bahawa mereka akan melakukan 'sesuatu' pada kali ini?

Jawapan: Pihak FRU mula tunjuk isyarat apabila kenderaan water canon mereka mula masuk di jalan hadapan Suria KLCC.

Soalan: Rasa beremang bulu roma tak ?

Jawapan: Rasa beremang juga apabila helikopter berada tepat-tepat di atas kepala Salahuddin ketika beliau sedang berucap

Soalan: Bila pancutan water canon bermula?

Jawapan: Pancutan bermula apabila para pendemonstrasi menghala ke Hotel Concord melalui Jalan Sultan Ismail. Adegan kejar mengejar antara FRU dan orang ramai berlanjutan sehingga ke Jalan Sultan Ismail. Manakala di Jalan Sultan Ismail menuju ke Hotel Concord pula, polis mula menutup jalan mengakibatkan jalan makin sesak.

Image

Lepas itu kita pun.....

Image

Soalan: Apa kesudahannya?

Jawapan: Selepas itu polis mula memberi amaran agar bersurai. Pesuruhjaya PAS WP, Ustaz Mohd Nor dan peguam Zulkifli Nordin dan Shamsul Iskandar meminta semua bersurai. Demo berakhir kira-kira pukul 4 petang.

Soalan: Siapa yang kelihatan dalam demo ini?

Jawapan: Beberapa pimpinan utama pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) turut bersama dalam demonstrasi berkenaan dan antaranya adalah Timbalan Presiden PAS,  Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayup; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman, Ronnie Liu dan Ibrahim Ali.

Selain itu pimpinan Dewan Muslimat PAS, antaranya Ketua Penerangan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud dan Ustazah Noridah Salleh. Manakala seorang pemimpin NGO Wanita dari Jerit (Jaringan Rakyat Tertindas)juga turut serta.

Soalan: pemimpin BN ada ke?

Jawapan: Ada. Ni ha......

Image

(Najib Tun Razak tu.... )

Soalan: Sepanduk apa yang menarik perhatian pada kali ini?

Jawapan: Ini dia....

Image

Soalan: Ada kena tangkap?

Jawapan: Setakat yang saya tahu.... tak ada...

Malam ini saya mahu hadiri Forum Perdana di Dataran Purnama, Parit Buntar,Perak yang dihadiri oleh Ustaz Nasharuddin, namun tidak tahu pula jika ustaz Nasha 'larat' untuk berucap pada malam ini,ataupun ada sesuatu yang berlaku pada ustaz Nasha !

"Jom kita sama-sama saksikan"....


Posted at 06:47 pm by fahisran
Comment (1)  

Tuesday, March 07, 2006
Debat Isu Karikatur Menghina Nabi, 7 Mac 2006

DEBAT isu "karikatur menghina Nabi" akan diadakan malam esok (7 Mac, Selasa) di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya jam lapan malam. Seperti yang diramal, pemuda Umno sehingga hari ini masih belum menghantar wakil mereka untuk debat berkenaan. Menurut pihak penganjur, hanya dua pendebat yang sebelum ini bersetuju untuk berdebat sudah bersedia untuk berhadapan malam esok.

Debat ini dianjurkan oleh Open Dialogue Centre (ODC) yang sebelum ini pernah menganjurkan satu program pembentangan ekonomi oleh Anwar Ibrahim di KL Convention Center, KLCC bulan lalu. "Yang paling tentang debat ini ialah pertama kali bakal menemukan dua tokoh muda daripada Pas yang mewakili parti politik dengan Jalan Telawi yang mewakili kelompok NGO muda," kata jurucakap ODC kepada Sariberita.

Mengikut laporan sebelum ini, Dewan Pemuda Pas akan diwakili oleh Hanipa Maidin dan Hasmi Hashim, pula mewakili Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT). Hasmi beberapa minggu lalu pernah mengeluarkan kenyataan media bahawa tindakan kerajaan menutup Sarawak Tribune adalah dianggap keterlaluan dan mencemoh parti politik yang mendesak Pm Abdullah Badawi daripada mengenakan tindakan membungkam Tribune. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan kepada orang ramai yang mahu mengikuti debat berkenaan.

Diana Syed Azman [Sariberita.blogspot.com]

Terima Kasih kepada penghantar mesej iaitu Saudara Jamali


Posted at 06:41 am by fahisran
Sila Komen  


Next Page




<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


:: My PicTuRe ::



:: TV KITA::

TvPAS.com
Live Streaming...........




:: TVPAS MALAYSIA ::





:: WAKTU SOLAT ::



:: QALAM EDITOR ::


up-2-date : 27 November 2006


"SeLaMat MeLayaRi WEBloGs AmiRuL ReZa FaHmi"





Profil Editor



"Editor adalah seorang anak kampung yang terletak di Pekan Pasir Puteh, Kelantan. Kini telah bertugas selaku wartawan di tvpas.com.... Terima Kasih"


PROFIL KU



NAZRAN FAHMI
KUALA LUMPUR
Bekas Mahasiswa USM, Jurusan Kejuruteraan Kimia...
Kini merupakan Wartawan, Jurukamera Sepenuh masa untuk TvPAS.com"

:: Pencarian Maklumat ::

Google
Web amirulreza.blogdrive.com


:: Coretan Lepas::


:: Arkib Terpilih ::


  • Tahniah....Harga Minyak Naik Sekali Lagi Serta-merta! (Jul 31, 05)
  • Apa Respon Pengguna(Buat-Buat Selamba)Apabila Minyak Naik?-Sumber TV3(Jul 31,05)
  • Minyak Naik,Rakyat Tanggung,Pemimpin BN Pula Terus 'Buncitkan Perut'(Aug 02,05)
  • Kisah Sebenar disebalik kenaikan harga minyak di Malaysia Kini(Feb 28,06)
  • Wawancara Bersama Najib Dlm program Isu Semasa Khas Bersama YAB (March 2,06)
  • Implikasi Antara Teori Dan Realiti Penggunaan Kad Fleet Terhadap Kenaikan Harga Minyak(March 3,06)
  • Catatan Demo Kenaikan Harga Minyak di KLCC (March 3,06)
  • Siapa Cakap Harga Barang Tak Naik...Ni ada senarai harga yang naik..! (March 5,06)
  • Demo Ke-2 Kenaikan Harga Minyak:FRU Serang ? (March 10,06)


    :: Ruangan Pengundian ::

    D
    I
    M
    A
    N
    A
    K
    A
    H

    P
    O
    S
    I
    S
    I

    A
    N
    D
    A

    ?
    Berapakah Bil. Elektrik anda sebulan ?

    Sentiasa Kurang RM 44.00 sebulan
    Sentiasa Lebih RM 44.00 sebulan
    Sentiasa Bersamaan RM 44.00 sebulan
    Tak Tentu, Selalunya Lebih RM 44.00 sebulan
    Tak Tentu, Selalunya Kurang RM 44.00 sebulan


    :: Pautan Informasi ::


    International News




    World Sports News

    Subscribe with Bloglines

    Lain-lain Informasi...














    Ingin Tahu Berita Terkini...

    Laman Cerminan kelatedaily
    Powered by groups.yahoo.com
    Apabila Anda Berdaftar,segala berita terkini akan di'e-mail'kan kpd anda

    :: Pautan Live ::

    tvPAS.com

    IKIM.FM

    usm.fm - New Usm music





    :: Pautan Riadah::

    Menyemai Kasih, Memupuk Ukhwah




    :: PauTan TerBaiK ::

    | TG Haji Hadi |
    | Jabatan Mufti Perak |
    | P.A.S |
    | DP PAS Penang | | Keadilan Rakyat |
    | DS Anwar Ibrahim | | WebRTV Pas |
    | PAS P.Buntar | | D.P PAS Pusat |
    | TerengganuKini | | MalaysiaKini |
    | BLOGGERS UNITED | | WanitaKini |
    | D.Muslimat PAS Pusat | | Rocky's Bru|
    | Roslan_SMS | | ScreenShots |
    | Hanipa Maidin | | Agenda Daily |
    | WTV8 |


    :: Special Blogs ::


    | PAS N.Sembilan | | PAS TG. Karang |
    | DP Pas Bukit Katil | | DP Pas Seremban |
    | PAS Cheras Jaya | | DP Pas Jasin |
    | DP Pas Johor | | DP Pas Subang |
    | DP Pas PJ Utara |


    :: WeBlogs Kawan ::

    | Cikgu Komando | | Cyber Poyo |
    | Darul Numan | | Elmafraqi |
    | FarEaster | | CheGu Bard |
    | Dr. Petunjuk | | Langkap(PAS Setiu) |
    | Mukhtar Suhaili | | Mujahid |
    | Naim | | Najwa |
    | Harapan-Online | | Norayhunt |
    | Rozmal Malakan | | Sokai |
    | Tok Janggut | | Ust Nasrudin |
    | PakNgah | | Dhany SaLaFiaN |
    | Zaiman Mansor | | Musafir Lalu |
    | Gobalakrishnan |



  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed